Thursday, October 18, 2018

Sabar atau Redha? Jawapan untuk move on..

Selalu kita dengar, orang berpesan "sabar itu separuh dari iman" ataupun "sabar itu indah". Tak, tak indah kak. Actually sabar tu apa? Sabar tu bila kita hadapi semua dugaan yang datang tanpa membuatkan kita rasa nak menyerah kalah. Sabar tu bila kau sanggup bersama through thick and thin dengan si dia, sanggup maafkan dia on the shittest thing he has done to you dan yang paling penting adalah bila kau tahu suatu hari nanti semuanya akan baik-baik sahaja. Kau akan terus berusaha untuk dapatkan dia walaupun kau dah tahu dia terang-terang dan over with you dan ada orang lain. Sebab sabar ini adalah perbuatan yang kita tahu akan dapat ganjarannya suatu hari nanti. Rasulullah pun pernah berkata:-

"dan tidaklah seseorang itu diberi sesuatu yang lebih baik dan lebih lapang daripada kesabaran."
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


Tapi sekarang, kau nak move on. Kau nak teruskan kehidupan kau tanpa satu pun whatsapp berbaur merayu dengan dia kan? Sabar je tak cukup. Redha lah. Redha itu apabila kita menerima satu satu musibah atau dugaan yang datang dengan hati yang terbuka. Redha itu, bila kau masih mencintai tapi kau sanggup melepaskan dia untuk orang yang lebih dia cintai tanpa sikit pun perasaan benci tertinggal dalam hati kau sendiri. Buanglah sabar kau sekejap, dan menangis lah sepuasnya. Menangis untuk kali terakhir sebelum kau benar-benar biarkan dia pergi dari hidup kau dan semua kenangan yang pernah korang cipta. It's okay to know that everything is not going to be alright. Tak apa untuk sedar yang apa pun kau buat, kalau dia dah tak ada rasa tetap juga dia terbang bebas. Jadi terimalah kenyataan tu, memang pahit tapi percayalah yang kau takkan mati. 

Bila kau redha, semua kebaikan dia akan kekal selamanya. Kau akan sentiasa ingat dia sebagai seorang insan yang pernah datang membahagiakan dan bukan cuma satu kesilapan yang kau buat. Sebab tak kira lah apa pun punca korang nak move on ni, akan tetap ada satu persamaan-kau pernah pilih dia untuk bahagiakan kau. 

Ok bye. 
 

No comments:

Post a Comment

10/11 : The Rejection

Have you ever be in a situation where you feels rejected or unappreciated? Like all your effort is a waste and the fact is that your love is...